Seperti yang tertera pada tajuk di atas, entri kali ini akan menceritakan mengenai sistem yang digunakan manusia untuk memenuhi keperluan mereka.
Apakah yang dimaksudkan dengan sistem?
Di sini saya mendefinisikan sistem ini sebagai satu undang-undang atau satu bentuk garis panduan yang telah ditetapkan oleh autoriti. Walau dimana jua kita berada, kita tetap akan diikat oleh sistem ini. Misalnya, sekiranya anda berada di tempat awam, anda mestilah mengikut sistem yang ditetapkan oleh kerajaan. Sekiranya anda berada di sekolah pula, anda mestilah mengikut sistem yang ditetapkan oleh sekolah. Walhal jika anda berada di dalam hutan sekalipun, anda mestilah mengikut sistem yang ditetapkan oleh alam sekitar.
Secara umumnya,
sistem mestilah dipatuhi agar kesejahteraan manusia sejagat dapat dijaga. Itulah harapan yang diberikan oleh orang yang mencipta sistem tersebut. Namun apa yang berlaku ialah
segelintir manusia tidak dapat untuk memberikan komitmen terhadap sistem tersebut, akibatnya, wujudlah pembunuh, perogol, perompak, pencuri dan pelbagai lagi jenis penjenayah. Dalam satu siri drama "House MD", ketika pegawai pemeriksa datang untuk memeriksa Princeton Plainsboro, dia menyatakan 95% manusia akan mengikut sistem yang ditetapkan. "How about the other 5%?" kata Dr. House. "Well, they have to follow the 95%" balas pegawai tersebut. 5% inilah antara manusia yang tidak dapat memberikan komitmen mereka terhadap sistem tersebut.
Sistem yang ditetapkan oleh manusia juga mempunyai banyak masalah sehingga menyebabkan sistem tersebut terpaksa digubal kembali. Sebagai contoh, di Malaysia, umum mengetahui bahawa agama rasmi di Malaysia adalah agama Islam. Namun, apabila sistem yang sama juga menyatakan bahawa rakyat Malaysia bebas beragama, maka wujudlah kes tukar agama seperti Lina Joy, membawa permasalahan kepada Jabatan Pendaftaran Negara yang perlu menukar status mereka, juga menyebabkan beberapa pihak berdebat dan berpecah belah akibat sistem yang tidak konsisten ini. Persoalannya, mengapakah pihak yang mengurus sistem ini tidak mahu untuk mengambil satu sistem yang agung, di mana sistem ini hanya perlu diurus dan tidak boleh dipersoalkan.
Anda semestinya sudah dapat mengagak sistem mana yang saya maksudkan. Tahniah sekiranya agakan anda tepat. Sistem yang saya maksudkan adalah sistem yang ditetapkan di dalam Islam. Mengapa saya berkata sedemikian? Kerana
sistem ini dibuat bukan oleh manusia, tetapi untuk manusia. Sistem ini dicipta oleh satu kuasa yang Maha Agung, di mana akal manusia tidak mampu untuk memikirkannya. Apakah bukti-bukti yang menunjukkan sistem ini sangat sempurna? Anda boleh mencarinya didalam carian Google ataupun Yahoo.
Anda masih membaca. Terima kasih. Penerusan dalam pembacaan anda menunjukkan dua benda. Yang pertama, anda masih tidak mencari bukti sistem Islam ini sempurna (Kalau sudah terima kasih saya ucapkan). Yang kedua anda mahu tahu apakah sebenarnya sistem Islam ini. 3 asas utama didalam
sistem Islam ialah aqidah, ibadah, dan akhlak. Dalam ketiga-tiga asas Islam ini, yang paling utama ialah aqidah. Hal ini kerana tanpa aqidah yang kukuh, maka ibadah tidak dilaksanakan dan akhlak akan menjadi teruk. Apakah akidah itu pula?
Akidah di dalam Islam bermaksud kepercayaan atau keimanan kepada hakikat-hakikat dan nilai-nilai yang mutlak, yang tetap dan kekal, yang pasti dan suci seperti yang diwajibkan Islam; iaitu kepercayaan yang tersimpul dengan kukuh dalam jiwa sehingga tidak mungkin akan terurai atau tertutup walau oleh apa jua keadaan dan suasana.Sekarang, mari kita tinjau beberapa persoalan mengenai sistem Islam dan umat manusia yang ada di muka bumi ini. Pertama,
sila bandingkan keadaan fizikal dan mental seseorang yang mempunyai akidah yang kuat dengan orang yang tidak. Orang yang mempunyai akidah yang kuat tidak semestinya ustaz sahaja, namun itulah contoh yang boleh diberikan untuk dunia kontemporari yang berterabur sekarang. Saya tidak pasti apakah tanggapan anda terhadap seorang ustaz, namun sekiranya kita mengambil kira faktor kelakuan dan perbuatan yang dilakukan oleh seorang ustaz, saya pasti anda akan nampak ketenangan dalam akhlak beliau.
Persoalan kedua, sistem Islam merangkumi semua aspek dalam kehidupan. Politik, ekonomi, sosial dan pendidikan.
Sebutkan apakah contoh sistem yang mampu untuk meliputi semua aspek kehidupan seperti ini. Saya pasti anda gagal untuk memberikan contoh tersebut. Hal ini kerana, yang dapat melihat semua aspek yang ada dalam manusia hanyalah Yang Maha Agung, Penguasa Alam Semesta. Sekiranya sistem itu dibuat oleh manusia, saya pasti, akan ada percanggahan di dalam sistem tersebut.
Sekiranya anda tidak percaya, cubalah berada di dalam mahkamah ketika perbicaraan dijalankan. Kedua-dua peguam akan mengeluarkan akta-akta yang belawanan untuk memenangi kes mereka,
tetapi perlu diingat, akta ini berasal daripada satu sistem. Jelas disini sistem yang dibuat manusia itu tidak sempurna kerana boleh diperdebatkan.
Persoalan ketiga dan terakhir,
mengapakah manusia tidak mahu menerima sistem Islam walaupun telah dibuktikan oleh sains? Umum mengetahui Islam itu adalah agama namun tidak ramai yang mengetahui bahawa ramai saintis yang memeluk Islam setelah mendapati kajian-kajian mereka membuktikan kewujudan tuhan dan kebenaran dalam agama Islam itu sendiri.
Isaac Newton, seorang saintis terkemuka dan merupakan orang kedua yang mempunyai pengaruh terbesar dalam sejarah, pernah menulis mengenai teologi, satu cabang ilmu yang berkaitan dengan ketuhanan. Buku yang ditulisnya setebal lebih 1200 muka surat, dan di dalam buku tersebut,
beliau menyatakan yang beliau percaya dengan kewujudan tuhan. Saya kira anda juga pernah mendengar contoh kajian sains yang membuktikan Islam itu benar. Oleh itu, saya serahkan kepada anda untuk mempercayainya atau tidak.
Saya disini hanya mahu menyatakan bahawa sistem yang dibuat oleh manusia itu mempunyai percanggahan sebaliknya sistem Islam langsung tidak mempunyai percanggahan dari mana-mana aspek. Jadi,
fikir-fikirkanlah, sistem mana yang mahu anda ikut. Sistem manusia, yang mempunyai percanggahan dan digubal dan di olah berdasarkan nafsu atau sistem Islam, yang sempurna dan merangkumi semua aspek kehidupan serta telah dibuktikan oleh sains bahawa ianya benar? Saya serahkan kepada anda untuk menjawabnya. Sekian.