- Curiosita: Rasa ingin tahu yang mendalam
- Dimostrazione: Menguji pengetahuan melalui pengalaman, ketekunan dan sanggup belajar dari kesilapan
- Sensazione: Menajamkan pancaindera secara terus-menerus
- Sfumato: Kesediaan menerima perkara-perkara yang tidak pasti atau kelihatan bertentangan
- Arte/Scienza: Mengembangkan keseimbangan ilmu dan seni, logik dan imaginasi (Otak kiri-otak kanan)
- Corporalita: Pemupukan keunggulan, kemahiran kedua belah tangan, kesegaran dan sikap tubuh yang betul
- Connessione: Pengakuan dan penghargaan terhadap kaitan semua perkara
Melalui 7 prinsip ini, kita dapat lihat bagaimana Leonardo Da Vinci mampu menjadi seorang pelukis dan pada masa yang sama menyelesaikan masalah matematik yang kompleks. Hal ini membuktikan kepada kita bahawa walaupun seseorang itu mempunyai sesuatu kelebihan, namun dengan ketekunan untuk belajar dan rasa ingin tahu yang mendalam, kita mampu memperoleh kebolehan yang pada asalnya tidak kita miliki. Ingatlah, bahawa Allah mengurniakan kita otak kiri dan otak kanan kerana kedua-dua otak inilah yang menunjukkan bahawa manusia itu adalah ciptaan Allah yang agung. Fikir-fikirkanlah. Terima kasih kerana membaca.
No comments:
Post a Comment