Thursday, October 29, 2009

History Behind Mathematics

This will just be a quick update. I got something to settle down this month. Exam is also around the corner, so I hope you can keep waiting for something useful from this blog.

Below are something that we don't know about mathematics.

  1. Pi is mathematical symbol that gives the value approximately 3.14159. The value for pi is actually the ratio between the circumference and the radius in Euclidean Space.
  2. The most ancient mathematical texts available are Plimpton 322, which is believed to come from Babylonian Mathematics, 1900 years before century
  3. The natural logarithm e is called Euler's number, after the Swiss mathematician Leonhard Euler
  4. The tangent function (tan) was found by Islamic scholar, Muhammad Ibn Musa Al Khawarizmi
  5. The term "angle" was a Latin word meaning the corner

I think that is it for my short update. Right now I am also searching for the right material or topic to be discuss. So if you have something valuable, do contact me. Thank you

Wednesday, October 21, 2009

Melawan Sistem Manusia

Seperti yang tertera pada tajuk di atas, entri kali ini akan menceritakan mengenai sistem yang digunakan manusia untuk memenuhi keperluan mereka.



Apakah yang dimaksudkan dengan sistem? Di sini saya mendefinisikan sistem ini sebagai satu undang-undang atau satu bentuk garis panduan yang telah ditetapkan oleh autoriti. Walau dimana jua kita berada, kita tetap akan diikat oleh sistem ini. Misalnya, sekiranya anda berada di tempat awam, anda mestilah mengikut sistem yang ditetapkan oleh kerajaan. Sekiranya anda berada di sekolah pula, anda mestilah mengikut sistem yang ditetapkan oleh sekolah. Walhal jika anda berada di dalam hutan sekalipun, anda mestilah mengikut sistem yang ditetapkan oleh alam sekitar.



Secara umumnya, sistem mestilah dipatuhi agar kesejahteraan manusia sejagat dapat dijaga. Itulah harapan yang diberikan oleh orang yang mencipta sistem tersebut. Namun apa yang berlaku ialah segelintir manusia tidak dapat untuk memberikan komitmen terhadap sistem tersebut, akibatnya, wujudlah pembunuh, perogol, perompak, pencuri dan pelbagai lagi jenis penjenayah. Dalam satu siri drama "House MD", ketika pegawai pemeriksa datang untuk memeriksa Princeton Plainsboro, dia menyatakan 95% manusia akan mengikut sistem yang ditetapkan. "How about the other 5%?" kata Dr. House. "Well, they have to follow the 95%" balas pegawai tersebut. 5% inilah antara manusia yang tidak dapat memberikan komitmen mereka terhadap sistem tersebut.



Sistem yang ditetapkan oleh manusia juga mempunyai banyak masalah sehingga menyebabkan sistem tersebut terpaksa digubal kembali. Sebagai contoh, di Malaysia, umum mengetahui bahawa agama rasmi di Malaysia adalah agama Islam. Namun, apabila sistem yang sama juga menyatakan bahawa rakyat Malaysia bebas beragama, maka wujudlah kes tukar agama seperti Lina Joy, membawa permasalahan kepada Jabatan Pendaftaran Negara yang perlu menukar status mereka, juga menyebabkan beberapa pihak berdebat dan berpecah belah akibat sistem yang tidak konsisten ini. Persoalannya, mengapakah pihak yang mengurus sistem ini tidak mahu untuk mengambil satu sistem yang agung, di mana sistem ini hanya perlu diurus dan tidak boleh dipersoalkan.

Anda semestinya sudah dapat mengagak sistem mana yang saya maksudkan. Tahniah sekiranya agakan anda tepat. Sistem yang saya maksudkan adalah sistem yang ditetapkan di dalam Islam. Mengapa saya berkata sedemikian? Kerana sistem ini dibuat bukan oleh manusia, tetapi untuk manusia. Sistem ini dicipta oleh satu kuasa yang Maha Agung, di mana akal manusia tidak mampu untuk memikirkannya. Apakah bukti-bukti yang menunjukkan sistem ini sangat sempurna? Anda boleh mencarinya didalam carian Google ataupun Yahoo.

Anda masih membaca. Terima kasih. Penerusan dalam pembacaan anda menunjukkan dua benda. Yang pertama, anda masih tidak mencari bukti sistem Islam ini sempurna (Kalau sudah terima kasih saya ucapkan). Yang kedua anda mahu tahu apakah sebenarnya sistem Islam ini. 3 asas utama didalam sistem Islam ialah aqidah, ibadah, dan akhlak. Dalam ketiga-tiga asas Islam ini, yang paling utama ialah aqidah. Hal ini kerana tanpa aqidah yang kukuh, maka ibadah tidak dilaksanakan dan akhlak akan menjadi teruk. Apakah akidah itu pula? Akidah di dalam Islam bermaksud kepercayaan atau keimanan kepada hakikat-hakikat dan nilai-nilai yang mutlak, yang tetap dan kekal, yang pasti dan suci seperti yang diwajibkan Islam; iaitu kepercayaan yang tersimpul dengan kukuh dalam jiwa sehingga tidak mungkin akan terurai atau tertutup walau oleh apa jua keadaan dan suasana.

Sekarang, mari kita tinjau beberapa persoalan mengenai sistem Islam dan umat manusia yang ada di muka bumi ini. Pertama, sila bandingkan keadaan fizikal dan mental seseorang yang mempunyai akidah yang kuat dengan orang yang tidak. Orang yang mempunyai akidah yang kuat tidak semestinya ustaz sahaja, namun itulah contoh yang boleh diberikan untuk dunia kontemporari yang berterabur sekarang. Saya tidak pasti apakah tanggapan anda terhadap seorang ustaz, namun sekiranya kita mengambil kira faktor kelakuan dan perbuatan yang dilakukan oleh seorang ustaz, saya pasti anda akan nampak ketenangan dalam akhlak beliau.

Persoalan kedua, sistem Islam merangkumi semua aspek dalam kehidupan. Politik, ekonomi, sosial dan pendidikan. Sebutkan apakah contoh sistem yang mampu untuk meliputi semua aspek kehidupan seperti ini. Saya pasti anda gagal untuk memberikan contoh tersebut. Hal ini kerana, yang dapat melihat semua aspek yang ada dalam manusia hanyalah Yang Maha Agung, Penguasa Alam Semesta. Sekiranya sistem itu dibuat oleh manusia, saya pasti, akan ada percanggahan di dalam sistem tersebut. Sekiranya anda tidak percaya, cubalah berada di dalam mahkamah ketika perbicaraan dijalankan. Kedua-dua peguam akan mengeluarkan akta-akta yang belawanan untuk memenangi kes mereka, tetapi perlu diingat, akta ini berasal daripada satu sistem. Jelas disini sistem yang dibuat manusia itu tidak sempurna kerana boleh diperdebatkan.

Persoalan ketiga dan terakhir, mengapakah manusia tidak mahu menerima sistem Islam walaupun telah dibuktikan oleh sains? Umum mengetahui Islam itu adalah agama namun tidak ramai yang mengetahui bahawa ramai saintis yang memeluk Islam setelah mendapati kajian-kajian mereka membuktikan kewujudan tuhan dan kebenaran dalam agama Islam itu sendiri. Isaac Newton, seorang saintis terkemuka dan merupakan orang kedua yang mempunyai pengaruh terbesar dalam sejarah, pernah menulis mengenai teologi, satu cabang ilmu yang berkaitan dengan ketuhanan. Buku yang ditulisnya setebal lebih 1200 muka surat, dan di dalam buku tersebut, beliau menyatakan yang beliau percaya dengan kewujudan tuhan. Saya kira anda juga pernah mendengar contoh kajian sains yang membuktikan Islam itu benar. Oleh itu, saya serahkan kepada anda untuk mempercayainya atau tidak.

Saya disini hanya mahu menyatakan bahawa sistem yang dibuat oleh manusia itu mempunyai percanggahan sebaliknya sistem Islam langsung tidak mempunyai percanggahan dari mana-mana aspek. Jadi, fikir-fikirkanlah, sistem mana yang mahu anda ikut. Sistem manusia, yang mempunyai percanggahan dan digubal dan di olah berdasarkan nafsu atau sistem Islam, yang sempurna dan merangkumi semua aspek kehidupan serta telah dibuktikan oleh sains bahawa ianya benar? Saya serahkan kepada anda untuk menjawabnya. Sekian.

Tuesday, October 20, 2009

10 Things You Don't Know

Below are the 20 things that I think you don't know. If you do know something, congratulations, you can be categorized as someone who loves knowledge.

  1. Stromatolites, a type of algae is the one that is responsible for the extinction of dinosour, not asteroids or natural disaster as stated in many articles or science fictions.
  2. Moon can produces its own water. The moon act as big sponges that trapped the electrically charged particles using the irregular dust grains name regolith. When this happen, the charged particles react with the proton inside the regolith to produce hydroxyl and water.
  3. Body postures (how you sit, walk, talk, etc) can affects the confidence on your thoughts. The one who sit up straight while writing their job qualification has more confidence than the one who slumped over their desk to just to write the same thing.
  4. The lower paterial lobe for einstein is 15% more then the average adult. That's why he is so genius.
  5. Most of us know dinosaur extinct 65 million years ago. But that period is called the cretaceous period, not the jurassic period.
  6. To build a map, you need to have the basic map (contour map). 3 simple things to do while mapping are sketching the overall outcrops, structural mapping and detail sedimentary structure.
  7. The letter "c" in the Einstein most famous equation and also the symbol for light, stands for celeritas, which means swift or speed.
  8. Blue rose is now successfully created in Japan. This creation is expected to change the rose meaning from love to something else.
  9. A black hole was found to be in the center of a galaxy. An artificial black hole has been created by chinese scientists using the metamaterial (material that cannot be seen by nature)
  10. Marie Curie, the famous female scientist who found the polonium and radium, died because of aplastic anaemia.

Wednesday, October 7, 2009

Why Can't We?






Persoalan utama yang ingin dilontarkan dalam entri kali ini adalah "kenapa kita tidak memaksimakan penggunan otak yang dikurniakan tuhan?". Berbalik kepada realiti, umum mengetahui, kebanyakan remaja di Malaysia yang memasuki universiti hanya mengambil satu kos sahaja. Persoalan saya ialah, mengapa mereka tidak mengambil dua, bahkan tiga kos sekaligus? Sekiranya undang-undang melarang perkara sedemikian, adakah kita mempunyai kemahuan untuk mengambil perkara yang diluar bidang kita? Pekara yang kita langsung tidak tahu mengenainya? Adakah kita juga dihalang daripada menuntut ilmu diluar bidang kita? Saya serahkan kepada anda untuk menjawab soalan-soalan seperti ini.



Sebelum saya meneruskan dengan lebih lanjut, ingin saya memberikan beberapa fakta untuk anda semua. Otak manusia mempunyai dua hemisfera iaitu kanan dan kiri. Saintis, jurutera dan penterjemah adalah antara yang menggunakan otak kiri. Manakala pelukis, penyair, penulis novel dan ahli muzik lebih menggunakan otak kanan mereka. Einstein dan Leonardo da Vinci merupakan antara contoh mereka yang berjaya menggabungkan otak kiri dan otak kanan. Einstein, disebalik kehebatannya sebagai pakar matematik dan fizik, beliau juga hebat bermain biola. Menurut Einstein dalam filem E=mc2, The World Famous Equation, sekiranya beliau tidak diberi peluang untuk menjadi ahli fizik, beliau mungkin akan menjadi pemain biola dan kita hanya akan mengenali Einstein selaku pemain biola professional. Leonardo da Vinci pula dilihat selaku orang yang mahir dalam pelbagai bidang. Sumber menyatakan bahawa Da Vinci merupakan ahli botani, arkitek, inventor, pakar matematik, saintis malah karya agungnya iaitu Mona Lisa menunjukkan bahawa beliau juga merupakan seorang pelukis terkenal.



Persoalan yang kedua, mengapakah mereka boleh menuntut ilmu sedemikian rupa walhal kita disini menyatakan "itu bukan bidang saya" atau "saya tiada bakat"?. Adakah kita hanya perlu tahu apa yang ada dalam bidang kita sahaja? Walaupun otak kita mampu untuk mengusung semua ilmu yang ada dalam dunia ini? Kajian menyatakan manusia umumnya hanya menggunakan 10% daripada keseluruhan potensi otak mereka. Apa yang terjadi dengan selebihnya? Jawapan yang sesuai untuk diberikan adalah sifat negatif yang menutup otak kita daripada melihat. Ayat-ayat seperti di atas sebenarnya hanyalah alasan untuk menutup kelemahan diri kita. Melihat kepada contoh di atas, sekiranya kita membaca mengenai sejarah hidup mereka, kita akan berjumpa dengan betapa gigihnya usaha mereka dalam menuntut ilmu. Einstein juga pernah bekerja sebagai kerani namun kerjayanya yang itu tidak menghalang usaha beliau menuntut ilmu seterusnya menghasilkan formula E=mc2, formula yang mencetuskan revolusi sains di zamannya.

Kepada yang beragama Islam, telah banyak hadis yang menunjukkan betapa pentingnya ilmu. "Tuntutlah ilmu sehingga ke negeri China" dan "Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad" merupakan antara hadis yang menekankan betapa pentingnya ilmu. Persoalannya, mengapa negeri China? Jawapannya, walaupun jauh, kerana negeri China merupakan pembuat kertas, kita diwajibkan untuk menuntut ilmu membuat kertas ini. Kertas pada zaman dahulu merupakan alat untuk merekod segala macam kegiatan yang membolehkan generasi masa kini menatap apa yang terjadi pada zaman dahulu. Berbalik kepada tajuk utama kita, mengapa kita tidak mahu mempelajari ilmu yang berada di luar bidang kita? Jawapannya mudah, kerana kita tidak yakin kita boleh. Misalnya, seorang yang mengambil bidang kejuruteraan akan menyatakan bahawa bidang kedoktoran memerlukan daya ingatan yang tinggi di mana mereka ini tidak yakin dengan daya ingatan mereka. Contoh lain, bidang muzik akan ditolak sama sekali oleh orang yang hebat dalam sains dan matematik kerana mereka tidak yakin mereka mampu untuk mengambil bidang tersebut.

Cuba fikirkan sejenak mengenai perkara ini. Mengapa kita tidak mengambil beberapa bidang sekaligus. Dalam buku Atom, karya Piers Bizony, dalam bukunya menceritakan mengenai seorang saintis (Heisenberg jika saya tidak silap) yang apabila ditanya "How would you like your coffee, sir? With sugar or with milk?". Beliau menjawab, "Why can't I have both?", sebelum rakan-rakannya mentertawakannya (Pada zaman ini kopi hanya diminum bersama gula atau bersama susu). Namun, apa yang perlu kita lihat disini ialah jawapan saintis tersebut, kenapa kita tidak boleh mengambil kedua-duanya sekali? Saya menyerahkan tugas untuk memikirkan perkara ini kepada anda. Itupun jika anda mahu berfikir kerana menurut Henry Ford, "Thinking is the hardest work there is, which is probably the reason so few engage in it".

Sekian buat entri kali ini, terima kasih kerana membaca.







Monday, October 5, 2009

Male Vs Female

Differences in Male and Female

For some reason, human had always compared themselves with others since a long time ago. They always wanted to prove that they are better. The same goes with the debate on which one is better, man or woman? Well, my answer is none, because we are all the same, except there are slight differences in our nature.

There are 3 obvious things that differentiate man with woman. They are physical structure, reproductive organ and the last one is how they think. Since physical structure and reproductive organ are easy to be changed nowadays, I would prefer to differentiate between man and woman according to how they think. There are some biological reasons for this difference which are their brain structure and hormone production. According to some sort of balance theory from Taoism, these differences between man and woman make them always complement each other. This is what Erich Fromm said as dichotomy existence. It is the same as day and night, black and white, good and bad and many more.

In brain structure, the differences exist in corpus callosum, hypothalamus, lower paterial lobe and the nerve cells in hippocampus and paterial lobe. This structure differences cause the male and female to act differently in emosion, sexual behavior, talking, visualizing and ability to solve complex problem.

Sandra Witelson, in her research involving nine male brains and five female brains said that overall, the size of female brain is smaller than male. She also said that the corpus callosum (the “bridge” between left and right brain) is bigger in woman. Simon LeVay (1994) defended this fact after he found out that corpus callosum really is bigger in woman. In addition to that, he also said that a component called anterior comissure (nerve fibers that connect the two cerebral hemispheres) is also bigger in woman.

Let us go back in real life. Woman, in many cases, really love to tell stories about anything. What surprise me is their choices of words are far better than a man, and combine this with the tone and good intonation, you can feel their emotion in the stories. How about man? I’m quite sure that they can’t tell you stories the same as woman do.

Why is this happened? The answer is because of the transfer process between right and left brain is better in female. As I stated above, woman has bigger corpus callosum, and thus, contain more fibrous nerves involve in the transferring process. This is without a doubt, proves why woman likes to talk, especially in explaining academic things. Other than that, hypothalamus content, especially in medial preoptic, also is difference. This region, which control sexual behavior, is 2.5 to 3 times larger in male, explaining why male is always chasing for sex.
In terms of aging process, brain fibrous in male especially in temporal and frontal lobe, will first be to decline in function. These two parts are responsible in controlling how the male think and feel. Thus, changes in these brain parts will cause changes in how they think and feel. For female, their paterial lobes and hippocampus will be first to deteriorate as they grow older. During that time, they will lose their memories and also their spatial ability. We can see that older women usually forget where they put their keys, phone and also forget what they did yesterday.

The differences in the dimension and structure of the brain, is automatically differentiate between male and female in how they think and act. But this doesn’t mean anything in the academic performance. Although female has bigger corpus calosum then male, this doesn’t mean that the female is better in academic performance. This is because, all the differences in the brain structure will only results in different way of thinking and acting, as many research had done. Thus, when the theory of balances is put into account, these two different ways will have a great impact if they are combined together. These show why marriage is important to us.

References :
Pasiak, T. (2008). Revolusi IQ EQ SQ. Selangor, Malaysia : PTS MILLENIA SDN BHD