Saturday, August 29, 2009

Nur Kasih Vs Other Drama


Tempat: Blok 18-02-06
Masa: Pagi

Atul: Eh, apsal ko slalu gile ha study vector nie?
Aku: Sbb sng nk study ah...just amek pensel carik soklan then jwb...kalo subjek laen kne ade lecture note, bku nota sndr, pen, pensil, highlighter..kn byk mnde 2...
Ayie: Ak ske dowh study mnde laen slaen vector ni...sbb ak ske kaler2 ni...lukis2 pon ak minat jgak...

Tiba-tiba terdengar suara Munir yang menukar background lagu daripada Korea (ayie) kepada Melayu

Atul: Apsl tetibe lgu Nur Kasih plak ni?
Munir: Haha...Xde ah..tetibe teringat lak kat cite 2..
Atul: Best kn cite 2?..Ak ske tgk jalan cite dy...mcm..best gile ah!!
Munir: A'ah...kalo ko tgk watak yg dorg bwk 2 mcm menjadik gler...laen dari cite2 melayu sblm ni...
Ayie: A'ah dow..mamat yg bwk watak Islam dlm 2..kua g clubbing beb..tp dlm cite 2 jadik gler ah dy bawak...
Aku:..........
Atul: Ko xtgk ke cite Nur Kasih ni?
Aku: Xminat...cte melayu bosan..xabes2 pasal cinta, then ade konflik sket2, tmbah ng jeles...ulang mnde same je...
Munir: Eh mne...ko kne tgk dow cite ni dlu bru ko taw pe best nye...siyes dy bkn psl cinta sume2 2...
Atul: A'ah..dy more on justice blablabla.. (i couldnt remember what she said at this moment)
Atul again: Da 2 kalo ko x tgk cite Melayu ko tgk cite pe?
Aku: Ak ske tgk cite Jpn...sbb dy pnye cite byk pasal kerjaya org...
Munir: Mcm la cite Jpn 2 xde cinta...msti ade pnye ah..ko bg ak 1 contoh cte Jpn yg xde cinta..
Aku: Team Medical Dragon (Iryu)...GTO...
Atul: GTO pon ade kn...yg cg laki ng cg pompn 2...
Aku: Ye la..tp cite dy lbey menunjukkn tntg perguruan 2 drpd cinta...

Zayyinul dtg n menukar topik kitorang......


Berdasarkan cerita diatas, kita boleh melihat tiga benda. Yang pertama, "Errors In Thinking". Kesilapan didalam cara berfikir ini kita boleh lihat melalui dialog "Aku" dimana dia menyatakan bahawa semua cerita Melayu adalah serupa walhal pada masa itu dia belum lagi menonton cerita Nur Kasih tersebut. "Aku" telah melabel atau "generalize" cerita melayu ini dimana padanya, cerita melayu hanya berkisar mengenai cinta, konflik dan perasaan cemburu. Hal ini sepatutnya dielakkan kerana sekiranya kita melabel sesuatu, pada akhirnya nanti, kita akan mempunyai perasaan negatif terhadap benda tersebut. Sama seperti "Aku". Dia mungkin menonton drama Melayu dan memang tidak dinafikan bahawa drama Melayu itu mempunyai perkara-perkara yang disebut olehnya. Disebabkan inilah drama Melayu itu dilabel sebagai "bosan" oleh "Aku".

Yang kedua, saya pasti ramai dalam kalangan anda telah pun menonton cerita-cerita seperti Nur Kasih ini. Namun, ingin saya tanyakan kepada anda, adakah cerita tersebut mampu menjana minda remaja masa kini atau memberi motivasi kepada mereka yang bekerjaya agar mereka dapat meningkatkan mutu produktiviti mereka? Dari sudut manakah cerita cinta ini mampu menjana minda remaja? Umum mengetahui bahawa media sebenarnya adalah medium yang sangat penting dalam menjana minda dan kelakuan terutama bagi kanak-kanak dan remaja. Dalam kajian Jhon H. Quirk (1989), kekuatan media elektronik ini mampu untuk berfungsi sebagai alat dalam difusi budaya. Maknanya, budaya yang dibawa melalui media ini mampu membuat sesebuah masyarakat itu terpengaruh dengan budaya tersebut. Dan disebabkan lambakan cerita-cerita cinta inilah, pada pendapat saya, menyebabkan berlaku pelbagai gejala sosial yang tidak asing lagi contoh-contohnya.

Yang ketiga, "Aku" juga mengatakan bahawa dia lebih berminat untuk menonton cerita Jepun kerana kebanyakan cerita Jepun adalah mengenai kerjaya, walaupun ada cerita Jepun yang berkisar mengenai cinta. Cerita-cerita seperti "Gokusen", "Iryu", "Code Blue" dan "Kurosagi" mampu memberitahu dunia bahawa pekerjaan mereka bukanlah sekadar guru atau doktor malah lebih daripada itu. "Gokusen" misalannya, menunjukkan betapa tidak semua murid yang kurang bijak itu jahat dan betapa sayangnya seorang guru terhadap anak muridnya sehingga sanggup melakukan apa sahaja demi menyelamatkan anak muridnya daripada dibuang sekolah. Bagaimanakah dengan cikgu-cikgu di Malaysia? "Iryu", cerita mengenai doktor yang sanggup melanggar "medical procedure" demi menyelamatkan pesakit. Sekali lagi, bagaimanakah dengan doktor-doktor di Malaysia?

Saya disini hanya ingin menegaskan mengenai pengaruh media yang mampu memberi kesan kepada "behaviour" seseorang individu dalam masyarakat. Fikiran manusia ini sebenarnya akan menerima perkara yang diulang-ulang sehingga perkara tersebut sebati dalam pemikiran kita. Akhir kata, tidak kiralah drama apa yang anda tonton sekalipun, anda mestilah bijak dalam menapis pengajaran dan teladan yang diberikan dalam cerita tersebut. Otak manusia bukan sahaja mampu untuk menapis benda-benda sedemikian, malah turut mampu untuk memastikan kita tidak berada di bahagian yang salah dalam sesebuah drama atau cerita. Tetapi, semua itu hanya berlaku sekiranya seseorang manusia itu BERFIKIR.

*Terima kasih kerana membaca
**Dialog hanyalah rekaan semula berdasarkan ingatan penulis yang karat. Sebarang kesilapan antara dialog diatas dan dialog sebenar harap dimaafi.

No comments:

Post a Comment