Friday, February 12, 2010

How To Lie Effectively

Hi/Salam

Today i'm going to teach you all how to lie effectively. Some may think that lying is not going to bring you any good but trust me, people lie all the time. Especially politicians and lawyers. There is a quote for this. But i will come back to that later. Anyway, i think it is hard for me to explain the how to in english so for the next paragraph, i will explain it in both Malay and English language. Just in case if i can't describe the words in Malay, i'll just use english. Ok?

Sebelum saya membawa anda kepada cara untuk menipu dengan sempurna, ingin saya meingatkan bahawa cara-cara yang disebutkan hanyalah berdasarkan pemerhatian dan buku-buku yang telah saya baca. Entri ini hanyalah sekadar bahan bacaan dan bukan untuk diaplikasikan di dalam hidup. Sebarang bentuk penyalahgunaan entri ini tidak berada di bawah tanggungjawab saya. Peringatan, "do not try to read me and analyze whether i am lying or not because obviously if you read this, you don't know how im gonna lie".

Below is the how to lie effectively for my version:

1. Look directly in your victim's eye.

Saya rasa anda pasti ingin tahu sebab di sebalik ini bukan? Saya akan terus kepada contoh di sini, katakanlah anda melakukan kesalahan dan berniat untuk menutup kesalahan tersebut, jangan tundukkan pandangan anda kerana ini menyebabkan perasaan bersalah itu terpancar dan merosakkan rancangan menutup kesalahan tersebut. Sains juga membuktikan bahawa manusia yang pasif selalunya dilabelkan sebagai "loser" dan dianggap menjengkelkan.

2. Be confident when you are lying

Ini merupakan bukti bagi menunjukkan bahawa diri anda adalah benar. Sekiranya anda teragak-agak untuk menipu, biologi tubuh anda akan menunjukkan bahawa anda sebenarnya sedang cuba untuk menipu. Elakkan menipu orang-orang yang mempunyai abiliti membaca pergerakan tubuh kerana penipu amatur biasanya melakukan kesilapan mudah seperti ini.

3. Have a knowledge or ground for what you are lying

Sekiranya anda merancang untuk menipu, anda seharusnya mempunyai segala maklumat mengenai penipuan anda. Contoh, sekiranya anda ingin menipu ibu bapa anda kenapa anda pulang lewat, dan anda ingin memberi alasan bahawa terdapat sesuatu yang menarik perhatian anda, dalam kes ini saya menggunakan perempuan sebagai alasan. Anda seharusnya mempunyai jawapan untuk semua persoalan yang mungkin ditanya oleh ibu bapa anda. Saya akan tunjukkan satu contoh di akhir entri ini.

4. Prepare some props.

Jika anda ingin menipu dengan sempurna, anda haruslah mempunyai props yang baik. Ini menambahkan lagi realiti penipuan anda dan membolehkan orang yang hendak anda tipu percaya sebulat-bulatnya apa yang anda katakan. Misalnya, jika anda hendak berkata bahawa anda bergaduh, selekehkan diri anda dan lebamkan biji mata atau berjalan terhincut-hincut/terbongkok-bongkok bagi menunjukkan bahawa anda benar-benar bergaduh.

5. Have some practice

Menipu memerlukan teknik dan ketepatan. Menipu juga merupakan satu bakat atau anugerah, bukan keburukan diri. Sekiranya anda mampu menipu dengan efektif, anda mungkin mampu mengalahkan pemberita-pemberita hangat malah turut mampu menjana pendapatan lumayan. Praktis membolehkan anda berasa yakin dengan persembahan anda semasa menipu dan membolehkan anda menipu tanpa disedari oleh rakan anda.

Contoh penipuan:

A: Eh,,klas statistic petang ni katner eh??
B: Building M..
A: Owh..kol bape?
B: pukol 3..

pukol 3

A berjalan dari building M ke arah B

B: eh,xde klas ke?
A: Ade..tp malas ah,klas pn0h..ak just masuk,tgu attendance..then pas ak sain ak bla
B: Ko bia btol..klas 2 mne ramai sgt org dow..
A: 2 ah pasal..ak igt td mse ak msk nmpk sape je bdak ak knal..Jef,Ami,Nul,Muthu..laen bdak kos laen ah ak rse..sbb ak prasan ak nmpk Limah, Abu ng Ana tadi..dorang kan kos bisnes
B: Asal dorang sekali ng kite lak??bkn patutnye dorang free ke?
A: Tah..ak msj Limah dy ckp ni replacement klas dorang..so bnde yg die aja sme je ng klas kite yg lpas..
B: 0o0o0o...tp ko da smpai kot building M,gler rugi kalo ko patah balik..
A: xpe ah,ko dga la bnde2 penting,kang ak amek je dari ko..lgpon ak ade hal sket jap g..
B: skati ah ko..k, ak g dlu

kesimpulannya: Kelas tiada. Kenalpasti cara yang A guna untuk menipu B.

No comments:

Post a Comment